Saturday, February 28, 2009

Tuesday, February 24, 2009

Shahidan Kassim Untuk AMT UMNO 2009...Calon No.50!!!

Salam,

Terima kasih kerana sudi masuk melawat laman blog ini. Buah tangan yang pertama ingin saya kongsikan ialah tentang Pencalonan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis YB Dato' Seri Shahidan bin Kassim sebagai untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2009 - 2012.
Setelah dibuat pengundian nombor calon maka termaktublah nombor 50 sebagai nombor badan beliau untuk pemilihan kali ini.

Saya doakan agar beliau dapat memenangi jawatan tersebut kali ini selepas kehilangan 'hak' sebagai Menteri Besar Perlis walaupun BN Perlis pimpinan beliau tidak kalah dalam PRU 12 yang lalu. Biarlah masa menentukan apa yang bakal berlaku kepada negeri tersebut selepas ini khususnya di bawah pimpinan MB yang baru.

Kepada YB Dato' Seri, insya Allah kemenangan akan berpihak kepada Dato' Seri.